夏语让我们在连绵雨林的危机中领悟道理 贵言让大家在中华文化的浩瀚中挖掘真言 HAR QUI Anak Malaysia Keturunan Tionghua Yang Ketiga Tersedar Kesetiaan Kepada Tanah Bumi Kita Dan Selalu Mencari Intisari-Intisari Nilai Kebudayaan Tionghua Tradisi Dan Terkini Yang Cemerlang Dan Terbilang Kepada Negara Kita Yang Menonjol Di Asean Tenggara.

Monday, January 22, 2007

BARISAN DEMOKRASI BERSATU ( BDB )

Barisan Demokrasi Bersatu (BDB)

Kita Sekeluarga Bersama Setia Membela Keadilan Anak Bumi Keseluruhan Rakyat Pada Tahun 2028 Bersatu Integerasi Demi Bangsa Dan Negara.

Malaysia adalah sebuah Negara yang tipical dan sudah menjadi imbuhan global sedunia masa kini. Melayu dan Eropah bertambah Asia menjadi Malaysia sesuatu perkataan gabungan yang begitu cantik, canggih dan bermakna di seluruh dunia ini sejak 500 tahun yang lalu. Sejarah manusia di tanah ini mencipta suatu sejarah yang berpanjangan selama 10,000 tahun dan berhubung rapat antara bangsa-bangsa berjumlah 2 billion dari benua dunia yang besar iaitu China dan India. Inilah suatu keturunan dan integrasi kebudayaan kuno yang begitu berharga sebagai harta benda dan artikal yang tidak bernilai dan di anugerahkan oleh tuhan.

Kita bertempat di pesta dunia yang bermulti budaya dan multi komunikasi sejak masa emas itu yang semasa kemerosotan feudalisma dan kebangkitan kapitaslima yang berproduktif dan agresif di seluruh dunia. Teristimewanya di Eropah untuk keperluan sumber manusia supaya pembangunan ekonomi bumi ini, kapitalisma telah mendorong kecenderungan peraliran manusia dari benua-benua sekitar terutama China dan India, telah mencipta suatu percantuman yang aktif dan berhidup di bumi ini pada khasnya, untuk kepentingan dan pembangunan Eropah pada amnya. Walau bagaimanapun penciptaan ini sudah menjadikan suatu imbuhan yang istimewa dan unik dalam globalisasi untuk kita.

Kebanyakan Melayu yang sudah berinteraksi dan berintegrasi dalam sekitar benua nusantara sejak beberapa abad yang kuno dahulu. Ia berpengalaman dengan beraneka kebudayaan Asian Tenggara yang begitu ramah-tamah, bertolenrasi dan berazam dengan gabungan unsur-unsur kepercayaan kuno dan kemudiannya kepercayaan Islam yang begitu kukuh. Keduniaan kapitalisma dan ide-ide serta sistem politik dan pemerintahan daripada kebaratan berikutnya banyak dan dalamnya mempengaruhi bumi ini, ia menjadikan sistem demokratik dewan undangan dan parlimen dalam pemerintahan yang telah terbina dalam tanah ini untuk kepentingan pembangunan ekonomi negara kita.

Perlembagaan dan undang-undang demokrasi yang bersistem, dewan undangan dan parlimen itu adalah kesedaran pemerintahan negara pada keseluruhannya. Kapitalisma berdemokrasi menghadapi pembangunan dan kesedaran kebangsaan berkaitan rapat kini dengan sosialisma di Asia. Kita mengalami pemikiran peraliran revolusi dan reformasi antara kebangsaan berdemokrasi, kapitalisma atau sosialisma. Revolusi secara kekerasan fizikal dan luar undangan telah menjadikan idealisma yang banyak mencabar sistem undangan dewan berdemokrasi pada tahun keenam puluhan. Justeru itulah pada yang masa begitu kritikal, kemiskinan dan reformasi masyarakat telah menjadikan suatu ide dan slogan untuk kebumiputeraan, pemerintahan dan prinsip pelaksanaan polisi ekonomi dan politik di negara ini, dan dengan itulah mendalamkan lagi perbezaan dan perpisahan antara perkauman.

Dasar ekonomi baru, 70an dilaksanakan dengan teori-teori tersebut supaya dapat membasmikan kemiskinan dan reformasi lapisan masyarakat dengan melalui membuat kek ekonomi yang lebih besar. Tetapi pemikiran bumiputra itu telah diselewengkan dan digunakan supaya mengukuhkan pentadbiran utama UMNO di dalam pemerintahan negara, dan ia telah pun menjadikan suatu alat untuk menjalinkan perhubungan kepentingan bersama secara sah atau haram antara suku kaum ataupun kawan UMNO. Mereka telah memonopolikan sumber-sumber politik dan ekonomi yang utama dan kebanyakkannya dengan menggunakan faedah kemudahan kerajaan. Dengan demikianlah terjadinya sistem ekonomi yang berdemokrasi sudah diselewengkan untuk kepentingan bumiputra yang bersama dengan UMNO sahaja yang diutamakan dan ini telah mengakibatkan sistem ekonomi kita tiada lagi keadilan dan kesetiaan, sebaliknya terdapat banyak tipu muslihat secara peti gelap atau di bawah meja berlaku, dan perkara ini banyak merosakkan produktiviti dan sistem pentadbiran negara kita.

Moral dan semangat yang suci dan berpakaran untuk pengurusan negara kita telah runtuh dan banyak kelakuan rasuah telah masuk ke dalam sistem pentadbiran negara kita dan mengakibatkan daya persaingan negara kita berturut-turut merosot dalam kalangan Asia Tenggara khasnya, sedunia pada amnya.

Institusi Demokrasi Politik kita dan nilai pembahagiaan Parti Perkauman yang mengutamakan pemikiran politik dan pembahagian kuasa mengikut ukuran perkauman telah menjadikan UMNO yang besar dan parti satu-satunya sepanjang setengah abad ini. Barisan Nasional memonopolikan kuasa Dewan Parlimen dan Undangan Negeri sepanjang masa ini mengakibatkan kelemahan dan kekurangan pembatasan kuasa dalam barisan. Lagi-lagipun dengan dasar-dasar dan isu-isu perkauman selalu dipermainkan maka parti pembangkang berpecah belah kerana tidak dapat membawa hasil pembatasan kuasa yang berefektif, sebaliknya kekurangan pengawasan politik telah mengakibatkan penyelewengan pelaksanaan polisi-polisi yang tidak adil dan memboros. Kebanyakkan perlaksanaan ekonomi telah dikendalikan untuk kepentingan golongan-golongan tertentu yang berkaitan rapat dengan politik. tanpa pertimbangan seriusnya kepentingan rakyat dan negara. Kekuasaan itu telah menjadikan suatu barang yang bernilai untuk jual-beli dalam pelbagai kalangan pentakbiran kerajaan, sehingga pembangunan negara amat serius diselewengkan. Maka kemerosotan ekonomi dan keturunan produktiviti itu telah mengakibatkan kekuatan dan imej negara kita di dunia banyak dilukai. Kejatuhan nama senarai dalam berbagai kalangan terutama di statistic ekonomi dan pendidikan mengemukakan begitu seriusnya kelemahan negara kita setakat ini.

Krisis finansi internasional 97 telah menunjukkan bahawa negara kita sedang mengalami kemerosotan ekomoni yang begitu serius sekali sehingga sepuluh tahun kemudian ini kita masih berhenti di tahap yang tidak bergerak. Pendapat-pendapat dan statistic di bawah boleh memandu kita melihat dengan lebih jelas : -

1) Kadar penukaran mata wang AS daripada 2.5 turun ke nilai 3.5 Ringgit masa kini, jumlah untuk simpanan wang asing masih tinggal angka 30 billion AS Dolar, tiada kemajuan.
2) Indeks pasaran saham terkenal antara lebih kurang 1100 , sudah 10 tahun kadar itu tidak dapat melampaui kadar 1200 yang dicipta sebelum tahun 1997.
3) Pendapatan purata untuk tahunan kita ialah 4,000 AS Dolar, sudah 10 tahun tidak banyak penambahan. Rakyat Singapura mendapati 18,000 AS Dolar melebihi empat ganda angkanya daripada kita.
4) Bilangan pelaburan Asing tiada peningkatan lagi dalam 10 tahun ini, dan kita sudah dilepaskan oleh negara-negara Asean yang lain. Perkembangan perindustrian belum mendapat strategi dan arahan yang baru.
5) Polisi sumber manusia perlu bersesuaian dan memanfaatkan pembangunan Enterprise Local yang kecil dan tengah, tidak sesuai bergantung kepada buruh asing semata-mata dan pembangunan perumahan atau mega projek sahaja.
6) Pengaliran kapital dalam pasaran sungguh lambat dan polisi finansi terlalu bergantung kepada harta tetap seperti bangunan dan perindustrian mobil, masyarakat kita kekurangan innovatif, kreativiti dan semangat pembukaan dan penerokaan.
7) Perusahaan asas pertanian amat penting sebagai landasan utama pembangunan negeri kita. Tumbuhan dari alam sekitar bumi kita adalah persaingan utama dan keristimewaannya dalam pasaran dunia. Perusahaan dan modenisasi pertanian serta pengajian semula alam-alam tanah bumi kita merupakan suatu tapak bermula pada masa akan datang.
8) Polisi imigrasi tidak boleh terlalu bergantung kepada buruh asing dan kaum tua sahaja.
Satu abad yang dahulu, kaum India dan China yang berlapisan buruh datang ke tanah ini menjadi peneroka dan membangunkan negara ini. Kini taraf pendidikan sudah meninggi dan lapisan pendidikkan tinggi atau berteknikal sudah meningkat dan bersama-sama mendorong pembangunan perusahaan kita. Keperluan teknikal mahupun di kalangan perindustrian atau pertanian amat berharga sehingga kita hendak berfikir peralihan teknikal atau imigrasi teknikal dan professional dalam perbagai bidang, Semuanya mendorong dan meningkatkan produktiviti negara kita serta mengembangkan pasaran dalaman dan menguntungkan wang-wang asing dari seluruh dunia.

9) Perhubungan antara Malaysia dan Singapura telah memasuki pemikiran era yang baru, lepaskan penanggungan politik yang lama dan menghadapi cabaran Global bersama. Konsep “Duo State One System” dikemukakan untuk meninjau dan mengaji semula kesedaran dan stategi perkembangan kawasan selatan yang baru. Bagikan kuasa yang berdiri kepada kerajaan Johor supaya mengemukakan konsep berkongsi dan berkembang bersama dengan Singapura tanpa pagaran terbatas.

10) Menerima konsep pendidikan yang bermultibudaya, setia dan adil, fikiran membuka dan maju bersama menghadapi nilai-nilai baru dan bertaraf tinggi di dunia era informasi ini. Bahasa perbagai bangsa dan ibunda mendapat perkembangan secara sistemis dan bantuan daripada Pelan Malaysia, Pusat Pendidikan kawasan yang bermulti budaya harus diperkembangkan supaya menarik pelajar-pelajar tinggi berpelajaran di negara kita dari seluruh dunia. Pusat multibudaya terutamanya pusat budaya Islam- Kongfusion yang bercemerlang harus digalakkan supaya memanfaatkan negara yang berglobalisasi.

Sepuluh intisari pandangan tersebut adalah cabaran bersama kita yang akan dihadapi dan cadangan-cadangan akan dikemukakan berikutnya supaya boleh berusaha mengubah kesempatan peralihan ke arahan reformasi dan pembaharuan kesedaran rakyat keseluruhan :-

(1) Bersatu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam (PAS) dan Parti Gerakan Demokrasi (DAP) supaya menjadi suatu barisan yang kuat dan berstrategi bersama di Johor.
(2) Setiap negeri melaksanakan strategi berlainan yang boleh bersesuaian dengan keperluan dan kemasyarakatan tempatan yang berbeza, kita harus menjalankan konsep politik yang baru mendorongkan konsep “ Satu Negeri Satu Strategi “
(3) Mencatatkan suatu undangan atau garisan pengikut supaya menentukan taraf pemilihan calon dalam Dun dan Parlimen dan mengelakkan perlantikan yang salah dan tidak berefektif.
(4) Mendorong pemilihan kerajaan tempatan supaya mengelakkan adanya rasuah dan salahguna kuasa-kuasa berlaku, menanamkan semangat demokrasi yang semakin mendalam dan membangkitkan kesedaran rakyat-rakyat tempatan.
(5) Menubuhkan pusat informasi dan perjalinan pendapat supaya menyatukan sistem pemikiran menghadapi cabaran Barisan Nasional.
(6) Merancangkan seminar atau dialok setiap bulan, bertukar-tukar buah fikiran dengan rakyat umum dan melalui ini dapat mendidik dan memupuk pemuda-pemuda dalam pemimpinan politik.
(7) Menciptakan Video Multimedia dengan isi-isi sejarah, penyampaian informasi-informasi yang realiti dan betul, mendidik rakyat umum dengan kesedaran keadaan negara kita dan menunjukkan visi baru untuk masa hadapan bersama.
(8) Menciptakan kesempatan dan saluran berhubung dengan pemimpin persatuan-persatuan masyarakat Cina supaya menyampaikan ideologi-ideologi Barisan Demokrasi Bersatu mendapat konsisnes yang padu.
(9) Merapatkan intelektual yang agresif dengan ahli-ahli kempen masyarakat supaya menggalakkan reformasi social dan pembaharuan negara, bergabung dengan lapisan masyarakat tengah dan professional untuk mendorongkan visi-visi Malaysia yang baru.
(10) Menubuhkan organisasi baru di Johor dengan bernama berikut :-BARISAN DEMOKRASI BERSATU
(11) Target Barisan :-KITA SEKELUARGA BERSAMA SETIA MEMBELA KEADILAN @ ANAK BUMI KESELURUHAN RAKYAT PADA TAHUN 2028 @ BERSATU INTEGERASI DEMI BANGSA DAN NEGARA
(12) Logo Barisan :-Lampiran
(13) Meminta ahli-ahli pemimpin persatuan masyarakat Cina yang berpendirian merdeka itu menubuhkan komuniti :-
“Majlis Demokrasi Bersatu” menguruskan suatu pentadbiran pertama untuk melancarkan dan melaksanakan program tersebut, mengumpulkan
pasukan sukarelawan untuk membantu segala tindakan.
(14) Membina “Yayasan Demokrasi“ mengutip dan mengumpul yayasan sebagai sokongan kewangan sepanjang masa untuk organisasi.



Pencadang : YAP HAR QUI

Latar Belakang :
1. Tamatan Jabatan Pengajian Melayu Foon Yew JB.
2. Pelajaran Pengajian Sosial Studi National Taiwan University.
3. Pengaji Tinggi di Southeast Asia Research of Chinese Culture Univesity.
4. Ketua Pemuda yang pertama Persatuan Tionghua JB
5. Pengerusi Komuniti Pengurusan Informasi Persatuan Tionghua JB
6. Ahli Majlis Pentadbiran Agung Persatuan Tionghua JB selama lima belas tahun.
7. Pengarang Sin Chew Zit Poh dan Nanyang Siang Pau.
8. Pengkritik Social dan Penganalisa Teori Masyarakat.

Tarikh : 1.11.2006






0 Comments:

Post a Comment

<< Home